Apakah kriteria-kriteria menjadi usahawan Internet yang berjaya? (Bahagian 2)

Sambungan dari bahagian 1

Pemikiran yang unik 

Seseorang usahawan Internet perlu memberi suatu keunikan kepada perniagaannya. Sememangnya perniagaan yang unik adalah penting untuk perniagaan bukan Internet juga, namun, di Internet, ianya adalah lebih penting oleh sebab pesaing anda hanyalah satu klik daripada anda.
Tidak seperti perniagaan Internet, pesaing anda mungkin berada di bandar lain, dan disebabkan batasan logistik, ianya mungkin sukar untuk mencapai pesaing. Tetapi di Internet, pesaing anda hanyalah satu klik daripada anda. Untuk mencapai laman web perniagaan pesainganda, pelawat hanya perlu membuat carian online, dan mereka boleh beredar daripada laman anda dalam masa beberapa saat sahaja.
Pendekatan perniagaan yang unik adalah penting untuk memastikan pelawat anda menganggap perniagaan anda adalah penyelesaian kepada masalah mereka. Dengan pendekatan yang unik, anda berpeluang mengenengahkan kelebihan perniagaan anda berbanding dengan pesaing anda seperti mana Domino’s Pizza menjanjikan ‘Penghantaran dalam masa 30 minit atau pizza percuma!’ dan Amazon.com menjanjikan pelawat bahawa mereka adalah ‘Kedai buku terbesar di bumi.’ 

Kesabaran dan kecekalan hati 

Kegagalan perniagaan di Internet adalah amat tinggi disebabkan ramai yang masih tidak faham dengan medium perniagaan era baru ini. Kesabaran dan kecekalan hati dalam meneruskan usaha perlu ada pada setiap usahawan Internet.
Dalam proses membina perniagaan di Internet, terdapat kesukaran yang akan dihadapi. Sebagai usahawan Internet yang berjaya, jadikan segala kesukaran sebagai satu cabaran untuk terus memahami perniagaan di Internet. Apa jua benteng yang ada di hadapan, boleh dielakkan dengan mencuba kaedah-kaedah perniagaan Internet tertentu.
Di atas adalah beberapa kriteria usahawan Internet yang berjaya.
Untuk berjaya di dalam perniagaan maya, usahawan perlu meng-gabungkan kriteria-kriteria untuk berjaya di dalam bisnes bukan Internet dengan kriteria-kriteria tambahan usahawan Internet. Untuk berjaya dalam apa jua bidang termasuk perniagaan Internet, ilmu pengetahuan adalah yang paling penting. Dalam kes ini, ilmu perniagaan digabungkan dengan ilmu Internet.

Apakah kriteria-kriteria menjadi usahawan Internet yang berjaya? (Bahagian 1)



Bila difikirkan, jawapannya tidak jauh lari daripada kriteria seorang usahawan bukan Internet. Kreatif, inovatif, berpandangan jauh, sanggup mengambil risiko, tidak mudah putus asa, bijak membahagi-kan tugas dan sebagainya menjadi norma bagi kriteria seorang usahawan. Untuk menjadi usahawan Internet yang berjaya, kesemua kriteria yang dimiliki oleh usahawan bukan Internet perlu ada pada diri sendiri. 

Namun, apabila dilihat dengan lebih terperinci, terdapat beberapa kriteria tambahan yang perlu ada pada usahawan Internet untuk berjaya berbanding dengan usahawan bukan Internet. Berikut adalah kriteria-kriteria tambahan yang dimaksudkan: 

Aktif dalam pemasaran 

Salah satu kebaikan perniagaan di Internet adalah pasaran dunia. Dengan kos yang minima, seseorang itu boleh meniagakan produk atau perkhidmatannya kepada pelanggan serata dunia.

Apa yang perlu diingat juga adalah, apabila anda mengembangkan perniagaan anda untuk mencapai pasaran dunia, pesaing anda juga adalah pesaing-pesaing global. Untuk berjaya, usahawan Internet perlu aktif dalam memasarkan perniagaan Internetnya. Perniagaan menjadi semakin kompetetif oleh kerana anda harus bersaing dengan usahawan-usahawan luar yang berlumba-lumba memberi kualiti terbaik di serata dunia.


Fleksibel 

Oleh kerana perubahan teknologi akan tiba pada bila-bila masa sahaja, seseorang usahawan Internet perlu fleksibel dalam menjalankan perniagaannya. Pertukaran teknik dan kaedah diperlukan dari semasa ke semasa untuk menampung peredaran perniagaan Internet.

Sebagai contoh, teknologi baru telah memperkenalkan laman web berbentuk FLASH yang boleh menggunakan animasi dan kesan bunyi untuk menggantikan laman web HTML yang statik. Teknologi Quicktime pula membolehkan klip video dimainkan di laman web. Perkhidmatan seperti YouTube pula membolehkan klip video dimainkan di laman anda secara terus.

Menjadi fleksibel membolehkan perniagaan anda mencuba kaedah baru dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan. Perkara penting dalam memaksimumkan jumlah pelanggan adalah dengan cara mencuba keberkesanan pelbagai teknik dan menggunakan teknik-teknik yang memberi pulangan terbaik.


Bijak memenuhi peluang pasaran yang ada 

Perniagaan Internet di Malaysia masih di tahap yang baru. Terdapat banyak ruang kosong dari segi peluang pasaran yang belum dipenuhi. Ini merupakan satu kelebihan bagi mereka yang bijak mengambil peluang memenuhi kekosongan tersebut untuk memulakan perniagaan.

Di kebanyakan negara-negara barat, hampir kesemua kategori pasaran telah dipenuhi dengan laman perniagaan yang berkaitan. Di Malaysia, masih banyak peluang terbuka dan mereka yang bijak memenuhi ruang pasaran tersebut akan berpeluang menjadi ketua kategori perniagaan Internet tempatan.

Bersambung di Bahagian 2

Sistem Pemantauan Aktiviti Pekerja



Laman ini akan menerangkan serba sedikit tentang perisian yang dinamakan SPAP iaitu Sistem Pemantauan Aktiviti Pekerja SPAP ialah sebuah perisian berasaskan WEB yang dibangunkan khas untuk pegawai atau pemilik syarikat khasnya, untuk memantau aktiviti pekerja mereka. SPAP berkeupayaan untuk menjana pelbagai jenis laporan seperti laporan prestasi pekerja, kedatangan, efficiency, beban kerja dan bermacam-macam jenis laporan lagi. Segala laporan ini boleh dijana secara real-time. Mereka tidak lagi perlu menunggu sehingga akhir minggu atau akhir bulan untuk menilai prestasi pekerja dan syarikat. Semuanya boleh dijana secara automatik, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.



Kegagalan perniagaan Internet (Bahagian 2)


Laman web perniagaan pasif

Selepas membaca buku ini, anda akan dapat mendirikan perniagaan anda di Internet. Tetapi, dengan hanya memiliki laman web di Internet, tidak menjanjikan ganjaran apa-apa buat anda!

Laman web yang tidak dijaga dan diurus, serta tidak dipromosikan akan menjadi sia-sia sahaja. Langkah #4 iaitu mempromosikan laman web anda adalah langkah yang paling penting dalam menentukan kejayaan perniagaan anda. Anda perlu ingat yang terdapat berjuta-juta laman web, jadi bagaimana pelayar Internet akan menjumpai laman anda tanpa promosi?

Masa dan tenaga (tidak semestinya wang) perlu dilaburkan untuk mempromosi laman web anda. Anggap laman web anda seperti anda mempunyai kedai tradisional. Sudah pasti anda akan mempromosikan kedai anda dengan bermacam-macam cara untuk menarik pembeli. Betul?

Malangnya, ramai yang berpendapat bahawa setelah laman web siap dibina, kerja memulakan perniagaan di Internet berakhir.

Mendirikan perniagaan di Internet adalah langkah pertama tetapi bukan langkah terakhir. Promosi laman web anda adalah kerja yang berterusan! Namun, terdapat juga cara-cara yang membolehkan promosi perniagaan anda secara automatik.

Promosi laman web merupakan aktiviti yang PALING penting dalam perniagaan Internet dan akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

Boleh diibaratkan mendirikan laman web adalah hanya 10 peratus dari menjalankan perniagaan di Internet. 90 peratus lagi adalah dalam mempromosikannya!

Tidak mengendahkan pelawat

Satu kebaikan Internet adalah dengan membenarkan interaksi pelawat laman web dengan anda. Cara termudah adalah melalui e-mel.

Segala komen dan pendapat pelawat anda haruslah diambil kira untuk memperbaiki laman web dan perniagaan anda. Tanpa pengguna, siapalah anda? Pengguna akan dapat memberi tahu anda apa yang mereka perlukan dan apa yang mereka suka di laman web anda.

Anggap komen positif dan negatif sebagai asas untuk memperbaiki laman web anda untuk berjaya!


Mengabaikan undang-undang dan etika Internet

Undang-undang Internet masih di ruang yang kelabu. Namun begitu, amalan-amalan yang tidak sihat dan hanya akan memusnahkan perniagaan anda.

Mungkin keuntungan boleh dipungut untuk seketika, tetapi ianya akan merosakkan perniagaan anda di masa yang akan datang. Amalan seperti promosi membuta tuli yang mengakibatkan spamming adalah amat merbahaya untuk perniagaan anda! Tindakan seperti penggantungan Merchant Account dan Web Hosting boleh dikenakan sekiranya etika-etika perkhidmatan tertentu tidak diikuti.

Produk dan perkhidmatan yang salah

Pemilihan produk atau perkhidmatan perlulah dilakukan sebelum dipasarkan di Internet. Hakikatnya, tidak semua produk atau perkhidmatan boleh dipasarkan dengan berjaya melalui Internet. Walaupun kebanyakan barangan yang tahan lama boleh diniagakan di Internet, mungkin barangan yang tidak tahan lama sukar dipasarkan.

Sebagai contoh, menjual ikan segar dari Terengganu ke Switzerland!

Jangan lupa cara terbaik menentukan produk dan perkhidmatan terbaik di Internet, iaitu mencari permintaan terlebih dahulu sebelum menentukan perniagaan anda.



Kegagalan perniagaan Internet (Bahagian 1)


Tidak lama dahulu, evolusi Internet bermula. Berbagai-bagai syarikat memulakan perniagaan di Internet. Sebilangan mencapai keuntungan yang cemerlang, manakala selebihnya tidak berjaya.

Berjuta-juta dolar juga telah dilaburkan pada perniagaan Internet. Ada yang meningkat maju seperti Amazon.com dan Dell.com yang berjaya mengaut keuntungan yang lumayan dan menjadikan pengasasnya bilionair. Ada juga yang rebah seperti Boo.com dan Go.com di mana berjuta-juta wang pelaburan lesap entah ke mana.

Kegagalan syarikat .com adalah kerana beberapa sebab:

Tiada perancangan

Pepatah orang-orang tua ‘Jangan berlari sebelum anda pandai berjalan.’ Seperti perniagaan yang lain, perniagaan di Internet memerlukan perancangan yang rapi.

Jangan gelojoh ketika memulakan perniagaan di Internet, lakukannya langkah demi langkah. Anda perlu ketahui bahawa terdapat banyak masa dan ruang untuk berkembang pada masa yang akan datang.

Anda juga boleh membuat jadual perancangan untuk merekodkan perkembangan perniagaan Internet anda. Contohnya, membuat perancangan mingguan. Dalam masa seminggu, apa yang anda ingin buat untuk perniagaan anda? Mungkin menambahkan lagi maklumat produk anda, ataupun menambahkan lagi informasi berguna untuk pelawat laman web anda.

Perancangan amat penting untuk memastikan semua kerja berjalan dengan lancar dan teratur. Dengan membuat kerja sedikit demi sedikit untuk memperbaiki laman web anda, lama kelamaan anda pasti akan mempunyai laman web yang hebat.

Sebagai contoh, jika anda ingin membina laman web yang mengandungi tip-tip dan cara menjahit, anda boleh mengambil masa dua jam sehari untuk menulis satu tip dan mengembangkannya kepada satu muka surat.

Jika diikuti perancangan anda, setiap hari satu muka surat, dalam masa tiga bulan, laman web anda sudah mencapai 100 muka surat! Satu laman web yang penuh dengan informasi yang menarik untuk sesiapa sahaja yang minat menjahit!

Cuba lakukan segalanya seorang diri 

Tidak semua orang dapat mendirikan perniagaan di Internet seorang diri. Seringkali anda perlu memberi atau membahagikan pekerjaan bersama rakan-rakan perniagaan ataupun upah orang luar yang berpengalaman.

Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan beban kerja anda dan perniagaan dapat dilakukan dengan lebih lancar. Mungkin anda boleh membuat isi kandungan laman web tersebut, tetapi mungkin anda ingin mengupah pereka laman web untuk menyediakan grafik untuk laman web serta atur cara asas.

Pembahagian kerja amat penting untuk membantu anda.


Bersambung di bahagian 2....

Kos perniagaan Internet




Berbanding dengan perniagaan bukan Internet (mempunyai kedai tetap), perniagaan Internet adalah agak murah untuk dimulakan. Di mana sewa tapak kedai boleh melebihi RM1,000 sebulan, kos untuk mendirikan laman web e-niaga antarabangsa boleh menjadi serendah RM30 sebulan.

Berikut adalah anggaran kos-kos yang mungkin diperlukan untuk menjalankan perniagaan di Internet.

1. Domain name – RM50-RM100 setahun

2. Web hosting – bermula daripada RM30 sebulan

3. Pereka laman web – daripada RM200-RM1,000 (sekali sahaja)

4. Atur cara – daripada RM200-RM1,000 untuk memuatkan beberapa ciri-ciri seperti order form, shopping cart dan menggabungkannya dengan sistem pemprosesan kad kredit. Kebiasaannya pereka laman web boleh melakukan tugasan ini (sekali sahaja)

5. Syarikat pemprosesan kad kredit – daripada percuma untuk pendaftaran (sekali sahaja untuk pelbagai produk anda)

Jikalau sesetengah proses boleh dilakukan sendiri, ini akan mengurangkan kos yang terlibat. Saya cadangkan untuk memulakan perniagaan di Internet, pelaburan permulaan kurang daripada RM1,000 sudah mencukupi.


Klikjer.com - Produk Laris Dari KlikJer




Semua ebook ini telah diterbitkan oleh Shuth Network Sdn. Bhd.

Pilihan model bisnes Internet



1. Lelongan online (eBay & Lelong)

Model bisnes Internet ini yang berbentuk lelongan dalam talian (online) menggunakan kekuatan portal lelongan online seperti Lelong dan eBay. Anda menjadi ahli di mana-mana portal tersebut dan anda boleh terus mendapat akses untuk menjual produk atau barangan anda kepada ahli-ahli yang terdapat di dalam portal tersebut. Ahli di portal Lelong.my sudah mencapai melebihi 300,000 orang manakala ahli di portal eBay.com sudah mencapai melebihi 10 juta orang!


2. Keahlian (membership)

Model bisnes Internet ini memerlukan anda memiliki nama domain dan hosting laman web anda sendiri iaitu laman web yang menawarkan peluang keahlian kepada orang lain. Terdapat pelbagai contoh keahlian yang boleh anda tawarkan seperti perkhidmatan menulis artikel secara bulanan atau memberikan produk-produk berserta Hak Penjualan Semula (Resell Rightssecara bulanan kepada ahli-ahli anda. Pendek kata, setiap ahli perlu membayar yuran secara berkala kepada anda selama mana mereka masih menjadi ahli di laman web anda.


3. Facebook

Portal Facebook menawarkan peluang kepada kita untuk memulakan bisnes Internet kita di situ. Secara ringkasnya, portal Facebook membolehkan kita membuat jualan secara terus kepada orang lain melalui ruangan tertentu yang disediakan oleh Facebook seperti melalui fanpage yang kita sediakan atau melalui group yang kita hasilkan di dalam portal tersebut. Model bisnes Internet ini menggunakan kekuatan sosial di portal Facebook untuk menjana pendapatan.


4. Affiliate

Secara ringkasnya, model bisnes Internet berbentuk affiliate merupakan apa kita panggil sebagai jurujual atau salesperson di dunia offline. Konsepnya sama seperti seorang jurujual yang menawarkan barangan untuk kita beli di kompleks membeli belah atau di mana-mana tempat lain. Jika ada yang membuat pembelian barangan melalui jurujual tersebut, maka si jurujual akan mendapat komisen daripada setiap jualan yang terhasil. Semakin banyak jualan yang dilakukannya maka semakin banyaklah komisennya.


5. Produk fizikal

Walaupun promosi dan penjualan dilakukan melalui Internet, tidak bermakna bahawa produk-produk fizikal tidak boleh dijual melalui Internet. Malah sebahagian besar daripada keuntungan yang diperolehi dalam dunia Internet adalah melalui penjualan produk fizikal. Selalunya strategi ini digunakan oleh individu atau syarikat yang sudah memiliki kedai konvensional dan ingin meningkatkan capaian jualannya dengan menggunakan medium Internet untuk tujuan promosi.


6. Produk digital

Model bisnes Internet yang fokus kepada penjualan produk digital adalah mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan kos yang besar. Anda cuma perlu ketengahkan idea atau maklumat yang sesuai untuk anda kongsikan dengan orang lain. Idea atau maklumat tersebut boleh dipakejkan dalam format digital dan dijual kepada orang lain yang ingin mengetahui idea atau maklumat tersebut. Ramai orang pada masa kini tidak ingin mengambil masa yang lama untuk mengetahui atau mempelajari sesuatu perkara. Mereka inginkan maklumat tersebut dengan pantas. Oleh itu, mereka sanggup mengeluarkan wang dan membayar orang lain sekiranya dapat memperolehi maklumat tersebut dengan lebih pantas. Inilah yang menggalakkan perkembangan model bisnes Internet berbentuk jualan produk digital.


7. Iklan (classified ads)

Contoh paling hampir untuk model bisnes Internet ini adalah portal Mudah.my. Portal Mudah.my memberikan kemudahan paparan iklan di dalam portalnya kepada semua ahlinya yang ingin menjual. Ahli-ahli lain yang berminat boleh membeli secaraterus daripada penjual tersebut. Secara ringkasnya, portal tersebut menyediakan tapak perniagaan untuk memudahkan pertemuan penjual dan pembeli.


8. Lelongan laman web

Model bisnes Internet ini semakin mendapat perhatian ramai di Malaysia. Malah saya mempunyai seorang sahabat yang merupakan pakar dalam penjanaan wang melalui model bisnes Internet ini. Secara ringkasnya, model bisnes Internet ini menggunakan konsep lelongan laman web dengan contoh terdekatnya adalah portal Flippa.com. Anda boleh bertindak menghasilkan sebuah laman web mengenai apa-apa fokus utama seperti memancing atau berbasikal dan melelongnya di portal Flippa.com kepada orang lain. Jika ada beberapa individu yang menyukai laman web yang anda tawarkan itu, maka mereka akan membida untuk membeli laman web tersebut daripada anda. Pembida tertinggi akan menjadi pemenang dan akhirnya menjadi pelanggan anda.


Ini cuma beberapa model bisnes Internet utama yang sempat saya kongsikan dengan anda di sini. Asalkan kita kreatif, maka peluang untuk menjana wang melalui Internet memang ada. Jika dilihat kepada pelbagai model bisnes Internet yang sedia ada, individu yang masih baru akan mudah keliru dan pening tentang model bisnes Internet yang patut dilakukannya. Ingat! Fokus utama kita agar ianya mampu menjana wang dengan pantas dan ianya juga mampu memberikan pendapatan yang berpanjangan untuk anda.


Kebaikan mendirikan perniagaan di Internet


  • Modal permulaan perniagaan yang agak rendah! Syarikat anda tidak perlu bermodalkan berjuta-juta ringgit untuk membuat perniagaan di tahap antarabangsa. 
  • Internet tidak mempunyai sempadan untuk berniaga barangan atau perkhidmatan anda. Anda di Malaysia boleh menjual kain batik kepada pelanggan di Zimbabwe!
  • Kos pemasaran yang rendah serta percuma yang merangkumi pasaran yang luas.
  • Mudah untuk dijalankan secara automatik. Anda boleh membina perniagaan di Internet dan automasikan sebahagian besar dari aktiviti perniagaan tersebut. Dengan ini, anda dapat membebaskan masa anda dari melakukan perkara rutin kepada perkara-perkara yang lebih menguntungkan!
  • Kos pekerja dan operasi yang amat rendah! Dengan menggunakan program di Internet dan perisian komputer, anda dapat mengurangkan jumlah pekerja (atau tiada pekerja langsung!).
  • Pelanggan serata dunia. Tidak kira di mana anda dan pelanggan anda berada, Internet membolehkan proses jual beli dilakukan. Pengguna Internet di dunia pada 2004 adalah lebih 800 juta orang!
  • Mudah dan murah untuk mencuba pasaran anda dan mengurangkan kadar risiko kos perniagaan baru.
  • Pantas mendapatkan pulangan. Anda boleh menjual produk baru hari ini, dan mengaut keuntungan dalam beberapa jam sahaja dengan cara promosi yang berkesan. 
  • Mudah dan pantas untuk mendapat maklum balas pengguna dan membuat kajian pasaran.

  • Internet bukan sahaja dapat memberi keuntungan untuk perniagaan antarabangsa. Perniagaan tempatan juga dapat mengaut keuntungan dengan cara menarik pelanggan tempatan. 
Secara amnya, anda tidak akan dapat media yang memberi peluang yang memerlukan modal kecil dan liputan yang besar! Jikalau anda mempunyai kepakaran, ataupun hobi yang boleh diubah menjadi perniagaan… lakukannya sekarang!

Sebar Cara Mudah Di Group FB


Korang ada bisnes nak promote kat group yang korang join??

Takkan nak post satu2 kat group... mesti penat...

Dulu saya pun macam awak juga...

Susah... Penat masuk satu persatu groups FB dan fanpage utk iklankan apa yang saya jual...

Tapi sekarang tak lagi ?

Sebab saya dah jumpa sistem yang akan post automatik tiap2 hari... Senang Giler!!
Jadi saya share dengan korang semua benda ni...

=====================
Klik sini http://oohcron.me/?uid=2592
=====================

P/S: Tak payah bayar, FREE trial je guna selama 30 hari.
Klik sini http://oohcron.me/?uid=2592

*Untuk mengetahui pelbagai produk yang lain klik
http://bit.ly/PerniagaanSemasa-WS



Kesihatan lelaki: Buah Tunjuk Langit dan Catuaba


AMARAN!! Ini Bukan Produk UBAT KUAT. TERUNA PERKASA Ialah Kopi Pracampuran Tenaga Segera, Khas Untuk Lelaki Sejati Yang Mempunyai Masalah KelesuanHilang Tumpuan Ataupun Ingin Mengekalkan Kesegaran Badan Selama 24 Jam.

Jika Dibandingkan Dengan Produk Lain, Produk Ini Menggunakan 100% Stevia Sebagai Pemanis Untuk Menjaga Kesihatan Dan Sesuai Untuk Semua Golongan Termasuk Pesakit Diabetes.

X perlu lagi saya cerita panjang... nak tahu lebih lagi... 



Tip Murah Rezeki Cara Islam (Bahagian 2)

[Bersambung dari "Tip Murah Rezeki Cara Islam (Bahagian 1)"]

Tip #6. Sentiasa Bersyukur kepada Allah
Setiap waktu dan ketika, kita sebagai hamba-Nya wajib bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

Tip #7. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau Asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten 7 kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah Ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, Ya Fattah Ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa yang mengamalkan membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Insya-Allah.

Tip #8. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba itu dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya DIA akan perkenankan dan jangan sesekali bergantung harap kepada yang lain, kerana perbuatan sedemikian adalah syirik yang merupakan dosa besar.

Tip #9. Berikhtiar atau berusaha sehabisnya
Barangsiapa yang berusaha, pasti dia akan mendapat sesuatu atau memperolehi hasilnya. Perkara ini adalah sunnatullah. Dalam satu hadis sahih, dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah berikan kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Sebagai orang beriman, tentulah kita perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada kemurahan rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang hati bacalah Al-Quran, hendak dapat anak yang baik, didiklah mereka sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat jagalah pemakanan dan makan makanan yang baik dan halal, hendak mendapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak memperolehi rezeki berkat jauhilah perkara yang haram, dan sebagainya.

Tip #10. Bertawakal
Dengan bertawakal semata-mata kepada Allah SWT, seseorang itu akan direzekikan dengan rasa kaya jiwanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi Muhammad SAW pula telah bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Sebagai kesimpulan, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kunci utamanya adalah melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Sekian, moga bertemu lagi dalam keluaran seterusnya. Salam ukhuwah dari kami di Majalah IK. Wassalam.




View the original article here

Personal Development