Apakah kriteria-kriteria menjadi usahawan Internet yang berjaya? (Bahagian 2)

Sambungan dari bahagian 1

Pemikiran yang unik 

Seseorang usahawan Internet perlu memberi suatu keunikan kepada perniagaannya. Sememangnya perniagaan yang unik adalah penting untuk perniagaan bukan Internet juga, namun, di Internet, ianya adalah lebih penting oleh sebab pesaing anda hanyalah satu klik daripada anda.
Tidak seperti perniagaan Internet, pesaing anda mungkin berada di bandar lain, dan disebabkan batasan logistik, ianya mungkin sukar untuk mencapai pesaing. Tetapi di Internet, pesaing anda hanyalah satu klik daripada anda. Untuk mencapai laman web perniagaan pesainganda, pelawat hanya perlu membuat carian online, dan mereka boleh beredar daripada laman anda dalam masa beberapa saat sahaja.
Pendekatan perniagaan yang unik adalah penting untuk memastikan pelawat anda menganggap perniagaan anda adalah penyelesaian kepada masalah mereka. Dengan pendekatan yang unik, anda berpeluang mengenengahkan kelebihan perniagaan anda berbanding dengan pesaing anda seperti mana Domino’s Pizza menjanjikan ‘Penghantaran dalam masa 30 minit atau pizza percuma!’ dan Amazon.com menjanjikan pelawat bahawa mereka adalah ‘Kedai buku terbesar di bumi.’ 

Kesabaran dan kecekalan hati 

Kegagalan perniagaan di Internet adalah amat tinggi disebabkan ramai yang masih tidak faham dengan medium perniagaan era baru ini. Kesabaran dan kecekalan hati dalam meneruskan usaha perlu ada pada setiap usahawan Internet.
Dalam proses membina perniagaan di Internet, terdapat kesukaran yang akan dihadapi. Sebagai usahawan Internet yang berjaya, jadikan segala kesukaran sebagai satu cabaran untuk terus memahami perniagaan di Internet. Apa jua benteng yang ada di hadapan, boleh dielakkan dengan mencuba kaedah-kaedah perniagaan Internet tertentu.
Di atas adalah beberapa kriteria usahawan Internet yang berjaya.
Untuk berjaya di dalam perniagaan maya, usahawan perlu meng-gabungkan kriteria-kriteria untuk berjaya di dalam bisnes bukan Internet dengan kriteria-kriteria tambahan usahawan Internet. Untuk berjaya dalam apa jua bidang termasuk perniagaan Internet, ilmu pengetahuan adalah yang paling penting. Dalam kes ini, ilmu perniagaan digabungkan dengan ilmu Internet.

Personal Development